CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 8, 2011

POST NI UNTUK ORANG2 I.S.L.A.M SAHAJA!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Mula2 sekali, saya sebagai admin blog ni berhak untuk mengatakan sesuatu yang memang penting untuk diperkatakan dan saya tak kisah kalau2 ada yang nak memusuhi saya atau apa2 pn. Namun,suka saya ingatkan disini bahawa JIKA ANDA MEMUSUHI SAYA BERMAKNA ANDA TURUT MEMUSUHI ISLAM!!


ok,nak cerita bab2 rokok ni..tak tahu dah berapa juta kali nk ingatkan bahawa ROKOK ITU MEMBAHAYAKAN KESIHATAN tapi entah kenapa ramai je buat2 tak tahu. Kalo yang memang tak faham bahasa Melayu tu takpelah jugak, takpun yang bukan Islam, ni tak yang ISLAM dan YANG TERPELAJAR ni pulak yang lebih2 pi sedut benda alah tu. 


TAU KE BENDA APA KAT DALAM ROKOK TU??
"Rokok dilaporkan mengandungi sekitar 4,000 elemen dan sekurang-kurangnya 200 antaranya dikatakan berbahaya untuk kesihatan manusia.

Racun utama di dalam rokok ialah tar, nikotin dan karbon monoksida. Ketiga-tiga ini, masing-masing memberi impak buruk kepada paru-paru dan peredaran darah!

Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menguar-uarkan menerusi buletinnya, World Health yang maklumatnya turut terkandung dalam laman web Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa nikotin di dalam tembakau rokok menghasilkan tindak balas kimia dalam badan sama seperti yang dihasilkan oleh heroin dan kokain." (KPDNKK.BERNAMA)



Tu la dia apa yang korang2 semua ni dok hisap tu. Eleh tengok orang nazak tinggal tulang rangka je berlapis-lapis sebab hisap dadah,hang bangga cakap "nasib aku tak hisap dadah. aku hisap rokok ja," Assalamualaikum brader,rokok tu cuba baca kat atas tu "tembakau rokok menghasilkan tindak balas kimia dalam badan sama seperti yang dihasilkan oleh heroin dan kokain" (KPDNKK.BERNAMA). So, lu pikir la sendiri!!

HUKUM HISAP ROKOK

Yang korang semua dok hisap rokok tu punya la syok tak ingat dunia tu kan, ada tak korang ambik tau hukum halal ke haram ke hisap benda tu? Hukum zina tu tau pulak haram (walaupun sebenarnya yang tu pun korang buat tak tahu je) dan untuk pengetahuan semua perokok2 di luar sana, MEROKOK TU PUN HARAM JUGA!! Tak puas hati ataupun tak caya, mari kita pi jenguk apa kata MAJLIS FATWA MALAYSIA:


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan."

TAU SEBAB APA HARAM??

Keterangan/Hujah: 
 
  1. Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
     
  2. Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.
     
  3. Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.
     
  4. Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.
     
  5. Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.
     
  6. Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut:
    (a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “
     
    (b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.
     
    (c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.
     
    (d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:
     
    Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "

    KOMEN LAGI PASAL ISU NI??
    Sudah2 lah duk merokok tu, buang duit je tau tak? kalau korang manfaatkan duit tu untuk orang2 OKU lagi ada faedahnya, takpun sumbang je kat tabung Palestin sana. dorang semua bergelut nyawa lawan Zionis sana, hangpa sedap2 hisap rokok jadah haram tu apa crita??Ni nak cakap la kan, korang ingat merokok tu macho ke? tak langsung ok..nampak macam tak ada otak lagi la. cuba korang compare gambar2 ni,antara perokok dengan yang tak hisap rokok
    yang tak hisap
    penghisap rokok








    hah, cuba cakap sikit mana yang nampak macam manusia? yang sebelah kanan ke yang sebelah kiri? yang pakai kopiah tu ke yang pakai rantai tu ke? sekali lagi, LU PIKIR LA SENDIRI!!
    kalau yang lelaki, memang sinonim sangat la rokok2 ni kan,bak kata pepatah bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. dah tu, ni ke bakal2 suami yang diidam idamkan? macam ni ke yang dipanggil bakal2 pemimpin? cuba kaji sikit, layak ke dorang2 ni? hidup kalau tak bazir duit beli benda alah tu 2 3 kotak memang tak sah, hidup tak tenang, resah gelisah. tapi kalau solat tu 2 3 waktu missed pun takpe, itu kan perintah Tuhan, lagi dalam Quran pun cakap Allah Maha Pengampun. so, bnyak mana dosa pun takpe, nanti Tuhan ampunkan. amboiiii sedapnya dia..
    Yang tu kalau jantinanya LELAKI. macam mana pulak dengan kaum PEREMPUAN yang terlibat? minggu lepas, saya ternampak sorang pompuan ni merokok dalam kereta masa stop kat traffic light kat depan Giant Kuantan. Pelik. Sebab biasanya selalu nampak kat KL je. ni yang bakal jadi mak2 orang ni..ya Allah, layak ke korang nak jadi mak mithali nanti kakak2 oi?? da la baju tak cukup kain, apa nak jadi la..masyaAllah..
    “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..” (surah An-Nur:26)

    KESIMPULANNYA
    saya ni hanya nak luahkan pendapat sahaja, bukan nak kutip undi ke apa. nk berubah ke tak, tu semua terpulang kat korang semua. tepuk dada, tanya lah iman. sekian.
    A021
    Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; (Al-Ghaasyiyah 88:21
    )






0 comments:

Post a Comment