CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 5, 2011

Hijrah itu wajib!!


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” 

[Hadith Muslim no. 145] 

Akhir-akhir ini pintu hati dan gerbang fikirku telah diketuk kencang oleh isu keasingan Islam dan juga perihal orang-orang asing (ghuraba`). Terfikir aku sejenak. Mengapakah Islam yang dikatakan suatu agama yang suci, syumul, dan sarwajagat ini harus dibiarkan asing dan akhirnya akan lupus dari muka bumi ini? Namun, aku telah dikejutkan oleh hakikat penciptaanNya yang berkonsepkan awal dan akhir sebaimana konsep kejadian manusia dan yang paling penting konsep kedatangan Islam. Islam suatu ketika dahulu datang secara ganjil dalam kalangan masyarakat Jahiliyah. Mengikut peredaran alam (dan juga hadis di atas), Islam akan secara kasarnya akan kembali malap cahayanya tika Jahiliyah kembali menguasai dunia. Ibarat kata pepatah "Hidup ini bagai roda. Ada masa kita di atas dan masa-masa yang lain kita akan ke bawah". 

“Demi masa,sesungguhnya sekalian manusia didalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah Al- Ashr: 1-3)

Allah (Islam) menuntut kita untuk saling berpesan-pesan, ingat-mengingati sesama kita semua untuk melakukan ibadat amal makruf nahi mungkar yang menekankan niat apa jua yang dilakukan adalah kerana Allah S.W.T semata-mata. “Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.” (Surah Al Anam: 162). Hal ini nyata membuktikan Allah tidak mahu diriNya diganda-gandakan dan ianya adalah manja dengan menurut kita berbuat sesuatu hanya keranaNya. Disebabkan itulah Allah sangat murka apabila diriNya diganda-gandakan (syirik) walhal firman telah mengatakan bahawa Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. Namun demikian, golongan masyarakat kita pada hari ini amat susah untuk dipesan-pesan sebagaimana yang dituntut "Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran."

Senario masyarakat kita pada hari ini bukanlah senang untuk dipesan-pesan begitu sahaja. Tegur sedikit, melenting. Cakap sedikit mulalah keluar rumah, lari dari rumah, bawak geng masing-masing, bunuh orang yang tadinya menegur untuk kebaikan. Budaya hidup lu-lu-gua-gua (nafsi-nafsi) memang sudah sebati dalam diri kebanyakan orang malah kalau pun ada golongan-golongan yang suka berpesan-pesan ini, mereka hanya akan dimusuhi, dicerca, ditertawa, diperlekeh, dihiraukan malah ada yang menganggap mereka ini kolot. Kolot dalam erti kata tidak mengikut arus kemodenan walhal kemodenan yang dibangga-banggakan itu adalah tatacara hidup hasil pengaruh Barat; pengaruh Jahiliyah yang diterapkan kembali dalam dunia hari ini. 

Nilai-nilai Jahiliyah yang menggambarkan betapa rapuhnya akidah yang bertuhankan bukan Allah Azza Wajala semata-mata tetapi nafsu, wang, harta, kedudukan dan wanita. Pertelingkahan di sidang parlimen, rasuah mendapatkan tender-tender, skandal-skandal seks dalam kalangan menteri-menteri yang dikenali sebagai golongan pemerintah negara, bunuh-membunuh disebabkan cemburu terhadap pasangan, isteri simbah asid sebab suami kahwin lagi, buang bayi dalam semak, longkang, tong sampah dan sebagainya. Kalau kita hendak membandingkan zaman Jahiliyah Quraisy suatu ketika dahulu, pembunuhan bayi ini hanya di lakukan terhadap bayi perempuan sahaja namun era hari ini yang digelar sangat moden ini, bayi tidak kira jantina dibunuh, dibakar, disumbat dalam lubang tandas dan 'flushed'. Amboi, moden sangat ke macam tu? Bertamadun la sangat kita ni kan?

Mengambil prinsip Islam Hadhari yang ke-3 iaitu Rakyat Berjiwa Merdeka, jiwa menurut kamus dewan ialah nyawa atau roh manakala merdeka yang dimaksudkan adalah bebas daripada belenggu penjajahan, lepas bebas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Prinsip itu bagus, saya tidak nafikan tetapi disini saya ingin menekankan padahnya prinsip ini kepada golongan yang tidak berkemampuan menggunakan akal seoptimum yang mungkin untuk berfikir secara optimistik. Hal ini kalau kita lihat jiwa yang merdeka itu disignifikankan sebagai jiwa yang tidak terikat (no rules); boleh dan bebas melakukan apa sahaja menurut rasional sendiri. "Apa makna merdeka kalau terikat kepada peraturan?" Itulah kebiasaan yang ditanya oleh masyarakat hari ini. Maksudnya disini, ia menerangkan mengapa remaja kita bebas berpelukan di tempat-tempat awam, berserakah di dalam hutan, dalam longkang dan tidak kurang juga yang berpeleseran (rempit) di jalanan kerana bagi mereka dunia ini mereka yang punya. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Tapi hakikat sebenarnya, merdeka ke mereka ni? Tepuk dada, tanyalah iman.

Secara kesimpulannya, Allah (Islam) telah menggariskan panduan yang tertentu bagi kita yang di jadikan sebagai khalifah di bumi ini. bukan percuma kita dilahirkan, dijadikan di dunia ini. Ibarat memasak untuk dimakan makanannya, begitulah juga hakikat penciptaan manusia di bumi ini yang sebenarnya bertaraf hamba semata-mata. Apa yang tidak disukai tuannya hendaklah dijauhkan, takut nanti dimurkai manakala apa yang disukai akan dilakukan dan dititikberatkan untuk mengambil hati.

  Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku Adz Dzariyat : 56

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)

Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment