CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 31, 2011

Haruskah aku menangis???

insan itu..
kenapa kau lari dari tangungjawabmu??
kau masih punya hak terhadapku
kenapa kau abaikannya??
bagaikan aku ini tidak wujud
tapi kau yg menjadikanku..
jangan kau lupa..
tiadamu tiada aku
tapi kelahiranku membawa erti ada bahagianku dalam dirimu

sempena syawal ini..
aku bagai ternanti2 kehadiranmu..
atau ckup ku katakan suaramu
tapi kau sepi..
sepi sekali..

SEMBILU

ya Allah..
benarlah kata orang..
kalau sedih,alirkanlah air matamu..nescaya sedihmu akan berkurangan
namun kadang2 aku tidak mampu menzahirkan air mata itu
takut nanti dituduh lemah tiada kemampuan
lalu aku cuba tersenyum
ketawa riang menzahirkan wajah manis penuh ceria dan gelak tawa
tapi aku hairan..
mengapa makin aku cuba bergembira,bersenda bercanda
air mata itu kian mampir
goncangan di kalbu ini makin bergelora..
kadang2 aku terfikir..
mungkinkah aku sedang menipu diri sendiri?
tidak!!aku sedang mengaburi mata kalian..
menutup rasa hati yang pedih,takut nanti menggangu suasana yang tadinya harmoni..
ya, semakin sakit ku rasakan, semakin ingin aku senyum agar ianya berkurang
namun yang terjadi adalah disebaliknya
justeru,bagaimana ingin ku mengakhirinya??