CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 2, 2012

Cinta Bagaimana?

Assalamualaikum w.b.t

Orang kata cinta itu tidak membawa ke mana-mana. Orang kata cinta itu khayalan semata-mata. Namun, bagi aku cinta bukan khayalan dan cada cinta yang boleh membawa ke syurga. Mengenai konteks cinta sesama manusia, bagi aku bercinta atau berasakan cinta tidak menjadi suatu kesalahan tapi yang menjadi kesalahan adalah apabila membiarkan cinta menguasai diri sehingga lupa halal haram.

Melihat rakan-rakan bergelak tawa dengan kekasih masing-masing kadangkala membuatkan aku dilema antara menjalin kasih atau membiarkan sahaja kerana sesungguhnya memang aku belum bersedia. Orang kata tanpa kekasih disisi hidup mesti sunyi. Tapi, kadang-kadang aku keliru bagaimana sunyi itu perlu ada sedangkan kita ada rakan-rakan lain sekeliling kita, keluarga juga tapi mengapa seorang kekasih sama ada lelaki atau perempuan pasangannya yang semacam wajib ada, yang mana kalau tiada beerti tidak lengkaplah hidup seseorang itu. 

Hairan, pelik tapi benar. Dalam dunia hari ini, jika dara berjalan tanpa teruna disisi, ia akan nampak canggung. Berbeza dengan zaman dahulu dimana dara tidak akan berani bertentang mata pun dengan teruna dan teruna pula tidak boleh sewenang-wenangnya mengajak anak dara orang keluar tanpa izin orang tua gadis tersebut. Ternyata zaman telah berubah. Dan aku salah seorang remaja yang tergolong dalam dunia yang serba menghalalkan keharaman.

Bukan hendak mengutuk namun senarionya memang begitu rupa. Namun, aku juga masih muda remaja. Dan aku juga tidak ketinggalan. Pernah suatu waktu dahulu aku jatuh cinta namun tidak lama kerana dihalang orang tua sang jejaka. Kali kedua dan kali ketiga pun masih terasa. Namun bukan cinta yang aku rasakan ketika itu. Untuk pria kedua dan ketiga, aku lebih kepada memaksa diri sendiri untuk memberi cinta walau aku tidak berasakannya. Dek kerana hendak menjaga air muka mereka, aku terima walau terpaksa. Namun, bagi yang kedua, perbezaan agama telah menjadi penghalang untuk bersama biarpun dia seorang yang baik. Bagi yang ketiga pula, buaya dalam diam. 

Untuk saat ini, bukan tiada yang meminati diri tapi berat rasa hatiku untuk memaksa hati bercinta lagi. Biarlah jika sampai yang terseru nanti tiba dan aku insyaAllah akan bercinta semula. 

Sampai disini sahaja coretan dari diri. Ada masa akan berceloteh lagi. Kepada yang terasa dengan entry ini, maaf dipinta. Sesungguhnya tiada niat untuk mencela. Sekian, wassalam.

Saturday, September 17, 2011

thats what i realized~

first of all, i would like to say thanks to myself because i could learnt it, i could realized it early. practically, i dun understand why sometimes people just  wana be like themselves instead of getting out from their 'colony' and find a new world outside. BE CHANGED, PEOPLE! but hell yeah, it is not easy,peeps. just like ourselves; once we are happy with what we are doin, others will dun stand a change to crop our attentions, am i rite here?

ok, lets get down into business. there is one guy. i love to be friend with him. i hve learnt a lot from him (but i dunno whether he learns something from me or not). he is such a good friend i`ve ever had (thats according to my own perception). But i hve a second though which maybe he is not as good as what i think. u know, we like to look highly upon people which we think more intellectual but actually they are jz 1 step ahead in certain things which we also sometime 2 steps in front in fact, in other things as compared to them.

here he is, loved to be with no commitment, likes to flirt but no engagement. easy pissy,isnt it? but its irritating me ok. im a kinda girl who will not hook up wth anybody without profit. ok,well said "we are friends" but are we looked alike a 'very friend' here?people judge from our behavior. but we? we wana cover what  we think we will embarrassed of it. but we know thats not true. the wrong thing here is we are not open our hearts to look what exactly written there. u know sometimes, hearts speaks louder than ur thoughts but because u are very blind so u dunno 2 whom u are supposed to listen.

thats all.till we meet again. bye2

Wednesday, August 31, 2011

Haruskah aku menangis???

insan itu..
kenapa kau lari dari tangungjawabmu??
kau masih punya hak terhadapku
kenapa kau abaikannya??
bagaikan aku ini tidak wujud
tapi kau yg menjadikanku..
jangan kau lupa..
tiadamu tiada aku
tapi kelahiranku membawa erti ada bahagianku dalam dirimu

sempena syawal ini..
aku bagai ternanti2 kehadiranmu..
atau ckup ku katakan suaramu
tapi kau sepi..
sepi sekali..

SEMBILU

ya Allah..
benarlah kata orang..
kalau sedih,alirkanlah air matamu..nescaya sedihmu akan berkurangan
namun kadang2 aku tidak mampu menzahirkan air mata itu
takut nanti dituduh lemah tiada kemampuan
lalu aku cuba tersenyum
ketawa riang menzahirkan wajah manis penuh ceria dan gelak tawa
tapi aku hairan..
mengapa makin aku cuba bergembira,bersenda bercanda
air mata itu kian mampir
goncangan di kalbu ini makin bergelora..
kadang2 aku terfikir..
mungkinkah aku sedang menipu diri sendiri?
tidak!!aku sedang mengaburi mata kalian..
menutup rasa hati yang pedih,takut nanti menggangu suasana yang tadinya harmoni..
ya, semakin sakit ku rasakan, semakin ingin aku senyum agar ianya berkurang
namun yang terjadi adalah disebaliknya
justeru,bagaimana ingin ku mengakhirinya??

Sunday, June 12, 2011

Ikatan Suci Itu..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."
ya Allah..betapa selama ini aku buta menilai dan meyakini takdir dariMu..
aku khilaf menjalani hidupku
kenapa aku lebih menginginkan cinta palsu dan sementara itu?
KENAPA?!
KENAPA?!
"kerana lemahnya imanku terhadapMu, ya Tuhanku" kata hati ini
"tapi itukan fitrah hakiki insani. tak salah kalau mencintai"
"mencintai itu bukan kesalahan. tapi kepada siapa cinta diberi, itulah persoalan. cinta agung harus kepada Ilahi. kedua cinta adalah Nabi. ketiga adalah kitab Quranul karim. keempat adalah ummi dan abbi. kelima cinta kepada suami bukan lelaki." (rujukan ini dari rasional fikir ku semata)
terdetik di fikir ini..
di mana letaknya cinta ku ini?
posisi nya di mana?
dan jawapan yang ku temui adalah..
TIADA!!
jika tiada,bermakna cintaku ini salah?
"ia bukanlah salah namun mediumnya sahaja yang tidak betul. Tuhan mengurniakan qalam suci kepada mu, Muhammad meninggalkan hadis2 kepada umatnya. gunakanlah mereka."
BAGAIMANA?!
A013
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49:13)
Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)
Dari Anas r.a katanya:”Beberapa orang sahabat Nabi SAW bertanya kepada para isteri baginda tentang amal ibadah baginda ketika sedang bersunyi diri (sendirian). Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata:”Aku tidak akan berkahwin!” Sebahagian lagi berkata,:”Aku tidak akan makan daging” Yang lain pula berkata :”Aku tidak akan tidur di atas kasur (tempat perbaringan).” Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi SAW serta merta memuji Allah SWT, lalu baginda bersabda:”Bagaimanalah cara mereka berfikir sehingga mereka bercakap begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku. (Bukhari)


tapi, untuk tujuan itu aku tidak berkemampuan
"tidak berkemampuan? tidakkah engkau tahu Allah itu Maha Pengasihani dan Maha Memberi? siapa pemberi rezeki kalau bukan Dia Yang Esa?"
surat al- Nur ayat 32:
وانكحوا الايامي منكم والصاحين من عبادكم وامائكم ان يكون فقراء يغنهم من فضله.
Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu denga orang-orang yang layakUntuk kawin diantara hamba-hamba sahaya-mu yang laki-laki dan hamba sayahamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya
.
"lalu apa lagi yang jadi alasanmu?"
ibu dan ayahku tidak mengizinkan..


Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)



rupanya Islam ini mudah


Islam ini indah


Islam is fun


tapi yang menjadikan semuanya sulit 


adalah MANUSIA!


kita yang mempersulitkan


masyaAllah..


renung-renungkanlah..

Friday, June 10, 2011

Aku Ingin Syahid!

Pernah suatu malam aku didatangi mimpi bahawa Palestin dibebaskan
Zionis kalah!
Benarkah?
Namun aku tidak gembira!
Aku kecewa..
Aku kecewa!
Terkilan!
Kerana aku..
Tidak sempat menjadi seorang shuhada
Tidak sempat ku tumpahkan darahku di bumi itu
bumi barakah itu
Tidak sempat aku membalas
Membuktikan benci ku pada Zionis laknatullah
Membuktikan cinta dan sayangku pada Al-Aqsa
Jihad yang gagal terlaksana
Terus, apa lagi yang tinggal buatku?
Aku ingin syahid!
Aku ingin digelar shuhada!
Ya Allah..
Sempatkah aku..??