CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 2, 2012

Cinta Bagaimana?

Assalamualaikum w.b.t

Orang kata cinta itu tidak membawa ke mana-mana. Orang kata cinta itu khayalan semata-mata. Namun, bagi aku cinta bukan khayalan dan cada cinta yang boleh membawa ke syurga. Mengenai konteks cinta sesama manusia, bagi aku bercinta atau berasakan cinta tidak menjadi suatu kesalahan tapi yang menjadi kesalahan adalah apabila membiarkan cinta menguasai diri sehingga lupa halal haram.

Melihat rakan-rakan bergelak tawa dengan kekasih masing-masing kadangkala membuatkan aku dilema antara menjalin kasih atau membiarkan sahaja kerana sesungguhnya memang aku belum bersedia. Orang kata tanpa kekasih disisi hidup mesti sunyi. Tapi, kadang-kadang aku keliru bagaimana sunyi itu perlu ada sedangkan kita ada rakan-rakan lain sekeliling kita, keluarga juga tapi mengapa seorang kekasih sama ada lelaki atau perempuan pasangannya yang semacam wajib ada, yang mana kalau tiada beerti tidak lengkaplah hidup seseorang itu. 

Hairan, pelik tapi benar. Dalam dunia hari ini, jika dara berjalan tanpa teruna disisi, ia akan nampak canggung. Berbeza dengan zaman dahulu dimana dara tidak akan berani bertentang mata pun dengan teruna dan teruna pula tidak boleh sewenang-wenangnya mengajak anak dara orang keluar tanpa izin orang tua gadis tersebut. Ternyata zaman telah berubah. Dan aku salah seorang remaja yang tergolong dalam dunia yang serba menghalalkan keharaman.

Bukan hendak mengutuk namun senarionya memang begitu rupa. Namun, aku juga masih muda remaja. Dan aku juga tidak ketinggalan. Pernah suatu waktu dahulu aku jatuh cinta namun tidak lama kerana dihalang orang tua sang jejaka. Kali kedua dan kali ketiga pun masih terasa. Namun bukan cinta yang aku rasakan ketika itu. Untuk pria kedua dan ketiga, aku lebih kepada memaksa diri sendiri untuk memberi cinta walau aku tidak berasakannya. Dek kerana hendak menjaga air muka mereka, aku terima walau terpaksa. Namun, bagi yang kedua, perbezaan agama telah menjadi penghalang untuk bersama biarpun dia seorang yang baik. Bagi yang ketiga pula, buaya dalam diam. 

Untuk saat ini, bukan tiada yang meminati diri tapi berat rasa hatiku untuk memaksa hati bercinta lagi. Biarlah jika sampai yang terseru nanti tiba dan aku insyaAllah akan bercinta semula. 

Sampai disini sahaja coretan dari diri. Ada masa akan berceloteh lagi. Kepada yang terasa dengan entry ini, maaf dipinta. Sesungguhnya tiada niat untuk mencela. Sekian, wassalam.